Home / Masalah sosial / Rupanya ayah pun sama kaki seks, suka hamilkan anak orang

Rupanya ayah pun sama kaki seks, suka hamilkan anak orang

Mengadu seorang emak…

Anak telah mengandung kali kedua. Sepanjang anak mengandung kali kedua ini tidak dipedulikan. Usahkan mahu menjenguk, telefon bertanya khabar pun tidak pernah. Anak datang sendiri dahulu membawa diri apabila keluarga tidak dapat menerima hakikat mengulangi perbuatan yang sama, mengandung anak tanpa benikah.

Kali pertama, keluarga membantu. Menghantar ke ruman perlindungan, 8 bulan tinggal disana, sudah sampai masa pulang, keluarga datang menjemput bersama bayi yang baru lahir.

Keluarga terima ibu dan bayi. Dibantu agar dapat menjaga anak sendiri baik baik. Diberi peluang membina hidup baru. Sangkaan mereka taubat anak adalah taubat nasuha.

4 tahun kemudian, didapati mengandung semula. Sudah pasti kecewa dan terluka kembali ahli keluarga. Anak bertindak tanpa memikir perasaan mereka.

Kali ini mereka nekad mahu anak terus berada di ruman perlindungan sehingga keinsafan terbeku dihati, tidak mahu mengulangi lagi apabila berada di dunia yang keji.

Nak kata nakal tidak, nak kata liar pun tidak, 4 tahun tinggal di rumah menjaga anak sendiri dengan kasih sayang. Bila keluar bekerja, anak bersama pengasuh. Tetapi bagaimana boleh terjadi lagi?

Rupa rupanya, bapa juga suka berselingkoh. Lepas seorang, seorang lagi. Sebab itu bapa tidak kisah anak mengandung tanpa suami.

Bapanya pun jenis menghamilkan orang, tidak kira perempuan 20an atau yang sudah berumur 40an. Konon mancho bertanggungjawap supaya tidak ada laporan polis, duit belanja diberi kebajikan dijaga sehingga selamat melahirkan anak. Selepas itu baru tinggalkan. Dan cari lain mangsa lain.

Sebab itu emaknya bersedih dan berduka. Suami buat hal, anak pun buat hal. Fikiran jadi bingung untuk menghadapi kedua duanya sekali.

Marilah kita berdoa, agar ayah dan anak dikurniakan taufik dan hidayah untuk kembali kwjakan yang lurus. Amin…

Ummi yang menulis,
Muna liza binti Ismail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!