Home / Hiburan / Saharul Ridzwan memberitahu hatinya kini tidak tenang selepas doktor mengesahkan ‘buah hatinya’ bernama Trex kini menghidapi penyakit berbahaya

Saharul Ridzwan memberitahu hatinya kini tidak tenang selepas doktor mengesahkan ‘buah hatinya’ bernama Trex kini menghidapi penyakit berbahaya

Buah Hati Kesayangan Shahrul Ridzwan Sakit Tenat

Pelakon Saharul Ridzwan memberitahu hatinya kini tidak tenang selepas doktor mengesahkan ‘buah hatinya’ bernama Trex kini menghidapi penyakit berbahaya dan perlu mendapatkan rawatan rapi.

Sebaik saja doktor memaklumkan mengenai perkara itu, hati pelakon ini menjadi tidak tenteram dan diselubungi rasa sedih.

Ini komennya:

“Saya memang risau dan saya akui asyik teringatkan kucing kesayangan yang disahkan menghidapi penyakit serius akibat jangkitan kulat pada seluruh badan.

“Selepas selesai penggambaran pagi ini saya lihat kucing saya, Trex, lesu serta tidak bermaya dan seluruh badannya seperti ada bintik-bintik,”

“Saya tidak malu untuk memohon semua peminat sama-sama doakan Trex pulih seperti sedia kala. Saya ada bertanya doktor dan berharap dia dapat lakukan yang terbaik untuk menyelamatkan Trex,”

Mungkin ada pihak yang menganggapnya sebagai perkara remeh, namun tidak baginya yang kini dalam fasa bersedih. Beliau yakin mereka yang mencintai kucing seperti dirinya faham situasi terbabit.

Hubungan Saharul dan kucing jantan kesayangannya itu sering dikongsi di laman Instagram milik beliau, termasuk mengakui penat lelah sebaik selesai penggambaran hilang sebaik melihat wajah Trex.

http://beritamemey.blogspot.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!