Home / Info wanita / Saya terasa sangat jijik dengan diri sendiri kerna ada parut dibahagian belakang yang agak teruk

Saya terasa sangat jijik dengan diri sendiri kerna ada parut dibahagian belakang yang agak teruk

 

Salam min… Semoga admin dan warga krt dalam rahmatNya selalu. Semoga luahan hati saya dipublishkn n thank you admin. Assalamualaikum semua warga krt. Saya baru je berkahwin dalam 5 bulan. Tapi sepanjang tempoh ni rasanya sy banyak sangat menangis dari bahagia. Hati saya luluh, selepas sebulan lebih kahwin je,

suami saya keluar dgn perempuan lain. Walau dah berjanji atas nama Allah takkan ulangi lagi, tapi hati saya tetap tak boleh lupakan. Mungkin masalah sy tidaklah sebesar masalah org lain, tapi bagi saya hati saya sangat pedih dan terluka. Mungkin salah satu sebab suami saya menjauh adalah masalah jerawat badan saya. Ok,, begini.. Kulit muka saya kalau sesiapa yg melihat pastinya menjangka saya tidak mengalami masalah jerawat(licin dan bersih),

tetapi hakikatnya tidak. Saya mengalami masalah jerawat belakang n ad parut dibahagian belakang yang agak teruk. Bunyinya agak kelakar, tapi itulah masalah yang mengeruhkan hubungan suami isteri saya. Maaf kalau anda semua terasa jijik bila membaca ini. Jerawat saya mulai naik sejak saya berumur belasan tahun. Pada mulanya, hanya disebabkan allergik air diasrama, lama kelamaan makin bertambah dan bertambah. Pelbagai jenis ubat saya dh cuba, tetapi hasilnya tetap negatif dan parut semakin bertambah. Klinik pakar pn sudah, tetapi hasil tetap sama.

Mungkin disebabkan ini suami saya dingin terhadap saya. Saya sudah banyak kali minta maaf diatas kekurangan saya, saya berasa sangat kecil dan rendah diri bila berhadapan dengan suami. Saya kadang2 menangis sendirian sebelom tidur. Kami tidur bersebelah ibarat kawan sahaja, tiada unsur2 kemesraan apa2 seperti suami isteri lainnya.

Saya terasa sgt jijik dengan diri sendiri. Hari hari saya scrub, lulur badan, makan supplement tambahan tetap tak menampakkan hasil. Kata org, kalau nak mengatasi masalah jerawat kena melahirkan anak supaya darah kotor kita semua keluar.

Tapi, sentuh saya pn jarang2 macamanalah nak ada anak. Saya rasa sangat tak layak untuk siapa2 kalau begini layanan bagi org berjerawat untuk sy. Hari2 saya makan hati sepanjang 5bulan ni. Kadang2 saya cemburu sgt dengan pasangan bahagia yg lain. Maafkan sy. Doakan sy bahagia semua, doakan jerawat dan parut sy ad penawarnya. Sy pn ingin bahagia seperti org lain. Mampukah sy bertahan lagi…


Saya mohon sgt2 andai ada warga krt berjerawat belakang seperti sy bg cadangan atau tips. Atau sy seorang sahaja yg mengalami masalah ini. Tunjukkan saya jalan. Terima kasih semua. Maaf andai luahan sy sukar difahami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!