Home / politik / Sekarang Raja Katak Zaid Ibrahim, Ezam Mohd Noor Dan Mat Taib – bukan lagi saya

Sekarang Raja Katak Zaid Ibrahim, Ezam Mohd Noor Dan Mat Taib – bukan lagi saya

Sekarang Raja Katak Zaid Ibrahim, Ezam Mohd Noor Dan Mat Taib - bukan lagi saya
Sekarang Raja Katak Zaid Ibrahim, Ezam Mohd Noor Dan Mat Taib – bukan lagi saya

Sekarang Raja Katak Zaid Ibrahim, Ezam Mohd Noor Dan Mat Taib – bukan lagi saya| PRESIDEN Perkasa Ibrahim Ali hari ini berkata pangkatnya sebagai “raja katak” atau “pemegang pingat emas dalam acara melompat parti” sudah dirampas oleh orang lain.

“Sekarang ini pemegang pingat emas Zaid Ibrahim, Ezam Mohd Noor dan Mat Taib,” katanya kepada pemberita di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan bekas naib presiden Umno Muhammad Muhammad Taib menyertai semula parti itu, Ahad lalu.

“Itu hak Mat Taib nak kembali kepada Umno. Itu hak individu,” katanya.

Muhammad pernah menjadi ahli dewan undangan negeri Batang Kali selama empat penggal (1982-1999) dan menjadi menteri besar Selangor dari 1986 hingga 1997.

Beliau keluar Umno untuk menyertai PAS selepas digugurkan daripada jawatan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah pada rombakan Kabinet oleh Najib Razak pada 2009. Muhammad kemudian meninggalkan PAS dan menyertai PKR pada 2015.

“Ini yang saya kira pemegang pingat emas. Saya jatuh ke pingat perak. Saya, Saifuddin Nasution.

“Dan pingat gangsa banyak. Contohnya macam Mat Sabu (Mohamad Sabu) dan kumpulannya dalam Amanah. Ataupun (ahli) Umno yang masuk Bersatu,” katanya sambil ketawa besar.

Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menasihati semua pemimpin politik agar tidak mengata seseorang kerana ia akan terpalit kepada diri sendiri satu hari nanti.

“Sebab dulu saya dikeji dalam Dewan Rakyat bila saya bercakap, (orang kata) katak bangun nak bercakap. Macam-macam mereka kata saya. Seolah-olah sayalah paling jijik,” katanya.

Ibrahim pernah menyertai parti Berjasa, Umno, Parti Semangat 46 dan kini menjadi wakil rakyat bebas. – 19 September, 2017.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!