Home / Cinta / ” Selagi Aku tak dapat kau, Jangan ingat orang lain akan dapat kau, aku akan santau kau sampai kau akan menderita” .

” Selagi Aku tak dapat kau, Jangan ingat orang lain akan dapat kau, aku akan santau kau sampai kau akan menderita” .

Assalamualaikum Admin .. Terima Kasih Siarkan Kisah Saya, Tolong Hide Profile Saya Yaa.. Nakk Mintak Pendapat Makcik2 Cili , Dan Pakcik2 Halia …

….Aku berkenalan Ex tunang pada tahun 2015, Dan bertunang Raya Haji 2016, Ekotkan akan berkahwin Hujung tahun nie . Aku umur 21 tahun, Ex tunang umur 23 tahun, Tapi tak kesampaian min, Awal tahun 2017, Aku dah putuskan hubungan, Ex tunang aku pernah naik kaki tangan, masa bertunang, Baru nampak perangai sebenarnya , sedih sangat orang yang pernah kita susah senang.

Aku pon tak tahu perangai Ex tunang berubah selepas bertunang, Nak keluar kena bagi tahu, Lagi2 masa bertunang aku belajar, Macam2 dugaan aku dapat, Disebabkan sayang, aku pertahankan hubungan tu, aku dengar cakap dia, Yelahh sayang min, Bau kentut pon wanyi, Sejak tu perangai dia berubah sekelip mata, Panas baran, kalau tak kena depan mata dia . Jaga lahh meroyan dia datang, Pernah datang kolej aku, meroyan macam orang gile min, Sebab aku keluar ngan housemate je pon(tanpa bagi tahu) Malu tu, tak usah lahhh depan2 housemate yang lain . Terpaksa buat muka tebal . Balik pada cerite, Ex tunang naik kaki tangan, Kes nya ada orang chat

“Nak Berkenalan” Katanya aku melayan, Sedangkan dia yang pegang fon aku bila berjumpa, Dalam mall, Ex tunang tumbuk muka aku, Masa tu ada Akak dia, Akak dia pon buat endah tak endah nak leraikan masalah, Dalam masa yang sama, Ada lahh lelaki nie yang nak datang menolong . Ex tunang macam orang kena rasuk . Malu orang lalu lalang tengok drama dalam mall, Ya Allah berderau jantung aku min . Dia pernah tinggalkan aku tepi jalan, maki hamun , keluarkan perkataan kesat, Masa tu Aku jujur,aku sebenarnya tak ada pape perasaan,Hati aku kosong .

Aku dah buat keputusan nak putuskan hubungan, Dia pernah warning ” Selagi Aku tak dapat kau, Jangan ingat orang lain akan dapat kau, aku akan santau kau sampai kau akan menderita” . Aku tertekan min , Lagi2 aku tengah belajar, Aku mengadu kat family, masalah nie, Abang Siap warning dekat Ex tunang “Jangan ganggu adik aku Lagi, Nahas lahh kalau aku dapat tahu” Aku pulakk macam orang gile, sampai kan aku mintak cuti nak pergi berubat, Ustaz nasihat, Jangan terlalu berpikir, Banyakkan solat, Ahamdulillah sekarang aku dah bebas dari saka (Ex Tunang)


… Baru2 nie Ex tunang datang kembali,katanya dia dah berubah , Nak jadikan aku isteri yang solehah(katanye) . Sekarang nie aku buntu min, macam2 dia janjikan, Apa aku perlu buat kat saka nie?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!