Home / Berita / Setakat Dapat Gelaran Datuk dari Sultan Pahang, Samseng Klang pun boleh – Netizen Bidas Aliff Syukri

Setakat Dapat Gelaran Datuk dari Sultan Pahang, Samseng Klang pun boleh – Netizen Bidas Aliff Syukri

Setakat Dapat Gelaran Datuk dari Sultan Pahang, Samseng Klang pun boleh - Netizen Bidas Aliff Syukri
Setakat Dapat Gelaran Datuk dari Sultan Pahang, Samseng Klang pun boleh – Netizen Bidas Aliff Syukri

Setakat Dapat Gelaran Datuk dari Sultan Pahang, Samseng Klang pun boleh – Netizen Bidas Aliff Syukri | Aliff Syukri dapat Datuk Seri dari Sultan Pahang

“Beli ke dapat?” – baru sahaja selebriti Zizan Razak terlibat dalam kontroversi mengenai pangkat kebesaran “Datuk”, semalam berita seorang lagi artis mendapat anugerah tersebut melayari laman sosial.

Kali ini, pengarah filem terkenal, Afdlin Shauki Aksan dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang membawa gelaran “Datuk”.

afdlin-shauki

Bukan itu sahaja, pengasas kosmetik dan selebriti media sosial, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman pula menerima anugerah Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat bagi mencemar duli mengurniakan darjah dan pingat kebesaran itu kepada 155 penerima keseluruhannya.

Berita yang dimuat naik dalam laman sosial kedua-dua selebriti itu menerima ribuan komen rata-rata mengucapkan tahniah atas penerimaan anugerah tersebut.

Menurut laporan sebelum ini ramai artis yang menerima darjah kebesaran daripada kerabat diraja Pahang antaranya M.Nasir, Ramli MS, Awie, Norman Abdul Halim, Boy Iman, Norzilah Abdul Jalil atau Ziela Jalil, Nassier Wahab, Hans Isaac, Geethanjali G dan ramai lagi.- sumber freemalaysiatoday

kerana terlalu gembari Aliff syukri telah update status tersebut di wall faceboonya yang berbunyi :

Alhamdulillah… .
Terima kasih kepada kedua ibu bapa dan keluarga tercinta yang sentiasa menyokong saya di dalam keadaan yg suka mahupun duka….

Saya tak pernah terfikir dalam usia 30 thn ni saya berjaya mengubah kehidupan saya dan saya percaya semuanya dgn izin Allah…

Banyak pula nanti yg komen ni beli ke dapat ‘baju’ni ? apa sumbangan dia ni kat negara dan mcm2 lagi…apa pun kalau saya rasa sy layak dan mampu kenapa tidak kan..lagi pun byk benda baik yg sy buat yg sy x share smua benda…..

Saya tidak perlu mnjelaskan apa2 untuk memuaskan hati anda…apa yg paling utama ia semangat saya untuk meneruskan bidang perniagaan kosmetik dan hartanah semakin maju dan berkembang…terima kasih atas ucapan tahniah dan sokongan anda semua..

Namun tak semua orang suka dengan perkongsian Datuk terlajak Laris ada netizen update dengan kenyataan pedas kepada Datuk Aliff namun Datuk Aliff sempat respon jawapan balas tersebut

 

lebih malang lagi pengikut aliff syukri turut memberikan tazkirah kepada beliau melalui komen berkenaan

Tahniah!
Ubah sikit perangai yg suka terhegeh-hegeh dgn pondan2 tuu lepas dapat Dato’ Seri ni.takut masyarakat beranggapan awak penyokong tegar LGBT.Anak2 melihat dari kecik genjala kurang senonoh yg tidak diajar oleh Islam.

Suatu hari nanti bila dah gaduh..mulalah ungkit-mengungkit dgn puak LGBT…yg merana family awak juga walaupun mereka beri sokongan kerana tiada pilihan.Berniaga tuu disukai Rasulullah tetapi jgn melampaui batas seolah-olah agama kita membenarkan .Maaf …saya sengaja beri komen mcm ni.Hidup ini Rahsia Allah.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ وَقَالَ: أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُم.

Yang bermaksud, daripada Ibnu ‘Abbas. katanya, “Nabi saw mela‘nat lelaki yang berperangai pondan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda, usirlah mereka dari rumah kamu.”

Begitulah jua diciptakan manusia. Allah S.W.T. menjelaskan tentang kejadian lelaki mahupun perempuan sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13.

Maksudnya: Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. komen netizen bernama Wastiya NurMuhammed

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!