Home / Perkahwinan / sudah 1tahun 3bulan suami sudah tidak sentuh, peluk apatah lagi hubungan 1nt1m bersama..INGIN HAMIL

sudah 1tahun 3bulan suami sudah tidak sentuh, peluk apatah lagi hubungan 1nt1m bersama..INGIN HAMIL

Salam. Tahun depan genap saya 3tahun kahwin. Saya belum dikurniakan zuriat lagi, bukan sbb masalah susah dpt anak, tetapi sebab suami saya belum bersedia nak ada komitmen dan tanggungjawab dalam urusan anak. Tambahan pula, sudah 1tahun 3bulan suami sudah tidak sentuh, peluk apatah lagi hubungan intim bersama.

 

Kami kahwin ketika belajar di ipta bersama, suami muda setahun, berkeinginan kahwin dulu, urusan harta cari sama2 katanya.

Saya terasa hati bila suami seolah2 tak nak ada komitmen untuk ada family dgn alasan belum dpt kerja tetap setimpal dengan belajar degree dulu. Saya tengok ramai je kerja biasa2, janji ada kerja boleh sara anak bini. Tapi susah nk yakinkan suami. Pada pendapat dia, dia nak ada kerja tetap setimpal dengan degree, dan ada duit simpanan berpuluh ribu baru dia berani nak bersama dan buat anak. Bukankah anak tu pembuka rezeki? Kenapa nak ditahan2? Bukankah nabi muhamad suka umatnya bertambah bilangannya?

 

Sedih bila tengok kawan2 yang kahwin selepas saya, dah mengandung, dah bersalin, dan ada tu anak dah setahun dah.

Saya tumpang bahagia buat ibu2 yang sarat mengandung dan dah ada cahaya mata masing2. Saya suka baca pengalaman dan petua2 ketika hamil dan penjagaan selepas bersalin di iih ni. Bersyukurlah sebab suami masing2 dah bagi hak seorang ibu dan hak seorang isteri.

 

Suami kata tunggu la lagi 5 tahun baru kita pikir soal anak. Hmm.. Doakan yang baik2 untuk saya. Semoga Allah kuatkan hati saya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!