Home / politik / Surat terbuka Kepada Sultan Johor Untuk desak Najib letak Jawatan dari Netizen

Surat terbuka Kepada Sultan Johor Untuk desak Najib letak Jawatan dari Netizen

Surat terbuka Kepada Sultan Johor Untuk desak Najib letak Jawatan dari Netizen
Surat terbuka Kepada Sultan Johor Untuk desak Najib letak Jawatan dari Netizen

Surat terbuka Kepada Sultan Johor Untuk desak Najib letak Jawatan dari Netizen  – Kepada Tuanku Sultan Johor.. Ampun Tuanku..Patik dari Alor setar.,Kedah, ingin mengkhabarkan sesuatu…pemerintahan Najib Razak semakin bermaharajalela…

Dengar khabar negeri-negeri bersaudara Sultan daulat berdaulat ..Raja-Raja..tidak di endahkan nasihat..Najib razak bertindak mengikut sesuka hati..

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun..patik rakyat jelata rasa gelisah dan gundah gulana..Hanya Sultan berdaulat Raja yang Berani sahaja..dapat memerintah Najib Razak supaya meletakkan Jawatan…

Malaysia perlu kan Sultan yang dapat melakukan sesuatu..sejarah akan terukir dari situ..ampun tuanku..sekiranya patik terkasar bahasa..rakyat jelata di Malaysia tiada tempat lagi untuk mengadu..keadaan menjadi semakin rumit..

ampun tuanku…harap warkah atau coretan yang tidak seberapa ini akan sampai kepada pengetahuan Tuanku..patik sayang bangsa Johor dan patik sayang juga kepada Malaysia Negaraku..

Tanah tumpahnya darahku..rakyat hidup bersatu dan maju…rahmat bahagia..Tuhan kurniakan..Raja kita selamat bertahkta..patik harap Tuanku yang mulia hatinya ambil peduli juga tentang Negara tuanku Malaysia…

tiada siapa bencikan Negeri Johor..Johor adalah Malaysia kami semua sayangkan Johor…hanya segelintir sahaja yang cemburu dengan kebijaksanaan pemerintahan Tuanku Sultan Johor of Malaysia…

oleh itu patik ingin pendapat Tuanku..apa yang patut rakyat jelata Tuanku Sultan Johor of Malaysia perlu lakukan sekiranya pemerintahan najib masih lagi bermaharajalela..adakah rakyat jelata harus senyap dan mendiamkan diri..

kerana berita-berita di arus perdana sudah dikawalnya..kebanyakan yang tidak tahu menggunakan media internet hanya bergantung kepada media arus perdana..

kebanyakan golongan peringkat umur makcik dan pakcik mudah dikawalnya…harap Tuanku dapat Melakukan Sesuatu..harap Tuanku dapat membuat temujanji atau berjumpa dengan Yang Di Pertuan Agong Malaysia..

berbincang atau bermuzakarah tentang halatuju Negara Malaysia dan berbincang tentang pemerintahan Najib yang penuh dengan skandal..

imej Negara Malaysia yang di bawa Najib telah dilihat buruk pada pandangan Negara-Negara lain..serta ekonomi yang kian meruncing..harap Tuanku berbincang dengan Yang di Pertuan Agong supaya memerintah najib supaya melepaskan jawatan sebagai perdana menteri..

dan izinkanlah negarawan Tun Dr Mahathir Mohammad datang mengadap..Ampun Tuanku beribu-ribu ampun sekiranya patik terkasar bahasa..Ampun Tuanku…Legasi Tuanku akan di teruskan…dari patik rakyat jelata..artikel ditulis Jamal din

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!