Home / semasa / Tawaran Kos Rumah rendah DBI adalah Scam

Tawaran Kos Rumah rendah DBI adalah Scam

WHY DBI IS A SCAM?

DBI dicipta hanya untuk satu tujuan sahaja, iaitu mengutip dana dari orang awam atas penipuan Rumah Kos Rendah.

Tawaran yang diberi cukup menarik sekali, design rumah yang pada harga semasa boleh mencecah RM 200 ribu dijual dengan harga RM 50 ribu.

Tanpa membuat penilaian, masyarakat awam cukup senang terperangkap dengan pakej yang ditawarkan.

Hakikatnya DBI merupakan satu scam apabila kita mengkaji faktor-faktor berikut secara terperinci:

1. KOS

Adalah mustahil untuk membina rumah seperti design yang dijanji dengan nilai kurang dari RM 50 ribu, mathematically it is impossible.

Jika berlaku juga bermakna DBI sedia menanggung kerugian.

Kewujudan DBI bukan untuk menganggung kerugian tetapi perolehi keuntungan sebanyak mungkin, maka semestinya ada helah lain.

2. HISTORY

DBI bukan yang pertama menawarkan rumah pada harga below cost.

Scam sebegini pernah dilakukan oleh Ostard Nosham, dan sehingga kini mangsa Norsham hanya mampu menuntut janji.

Here is a fact, semasa Norsham mempromosi scam rumah below cost melaluinya syarikatnya Alfafa, Boy Iman merupakan duta Alfafa, thus it connects the dots. Link:

Image may contain: 4 people

Kini Boy Iman bukan sahaja menukar jenama pembohongan Alfafa kepada DBI, malah Boy Iman kini menjadi kepala scammer.Inilah padahnya bila mainstream media memberi ruang dan liputan kepada kaki scam.

Kemunculan kaki scam dalam berita TV3 Malaysia dijadikan sebagai testimoni untuk menghalalkan pembohongan.
Jika benar rumah boleh dibeli dengan harga yang begitu murah, PW tidak akan teragak-agak untuk bantu buat promosi.

Namun hakikat yang tidak boleh lagi dinafi, Boy Iman pernah terlibat dengan scam rumah murah Norsham.
Dan kini Boy Iman menggunakan modus operandi yang sama untuk mencari dan menipu mangsa.

3. CARI DOWNLINE

Now it rings the bell, bila perlu cari downline bermakna dana yang dikumpulkan oleh DBI akan menjadi berlipat kali ganda secara pyramid scheme.

Itulah tujuan sebenar, hanya untuk mengumpul dana dengan menggunakan rumah below cost sebagai daya tarikan.

Dan semestinya permainan licik sebegini senang dapat sambutan.

Walaupun penipuan Norsham telah didedahkan oleh KEY dan Afyan, Norsham masih menjalankan aktiviti membohongi masyarakat awam kerana itu adalah cari yang paling mudah untuk menipu dengan nilai puluhan ribu.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing

Kita lambat bertindak untuk kekang scam Alfafa. PW mula buat issue bila keadaan telah jadi serious.

Namun dalam kes DBI kita berpeluang untuk lenyapkan penipuan sebelum ianya kukuh bertapak.

DBI kini hanya pada peringkat permulaan. Jika tiada mangsa direkrut DBI akan kehabisan fund untuk lakukan promosi besar-besaran.

Objektif kita hanya satu, lenyapkan DBI dengan segera supaya masyarakat awam tidak menjadi mangsa.

Together we shall roar louder.

-abe pa-
Fraud Prevention Institute/ pw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *