Home / semasa / Tiket habis Malaysia vs Thailand, TMJ bongkarkan sesuatu yang tak disangka!

Tiket habis Malaysia vs Thailand, TMJ bongkarkan sesuatu yang tak disangka!

Barangkali memang sesuatu yang lazim untuk ahli politik dan orang kenamaan atau pegawai tinggi kerajaan menggunakan kedudukan masing-masing meraih kelebihan apabila ada acara sukan yang menarik.

Perkara itu didedahkan secara tidak langsung oleh Tunku Mahkota Johor petang ini.

Kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim, beliau teringat peristiwa perlawanan penting melibatkan kelab miliknya, JDT, suatu ketika itu.

Katanya, perlawanan itu berlangsung di Stadium Larkin dan Stadium Shah Alam, masig-masing untuk Piala Sumbangsih dan Piala FA.

“Pada waktu itu, begitu ramai ahli politik serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri saya ingin mengambil kuota tiket sehingga mencecah sehingga dua ribu keping,” katanya seperti dimuat naik di Facebook rasmi JDT.

Isu tiket masih panas sehingga kini apabila ribuan penyokong dan peminat bola sepak kebangsaan kecewa kerana gagal mendapat tiket semalam.

Sesetengah daripada mereka ‘berkampung’ di luar Stadium Shah Alam semata-mata untuk membeli tiket perlawanan akhir yang mempertemukan anak buah Datuk Ong Kim Swee dengan pasukan Thailand.

Pelbagai pihak menguar-uarkan penentuan pingat emas malam ini nanti adalah “ibu segala pingat emas” untuk temasya Sukan SEA kali ini.

Beberapa keping gambar tular pula seakan menjadi minyak yang dicurah ke panasnya hati penyokong yang kecewa itu. Gambar itu menunjukkan sejumlah tiket yang tidak dijual kerana dikhaskan kepada orang tertentu yang berjawatan tinggi atau berpangkat besar.

Kata Tunku Ismail semasa pasukan JDT mahu bertanding dalam perlawanan penting itu beliau mengarahkan Pegawai Tadbir Askar Timbalan Setia Negeri Johor supaya permintaan ahli politik dan pegawai tinggi kerajaan itu tidak dipenuhi sepenuhnya.

“Saya tidak bersetuju (mereka diberikan tiket) dan hanya sedikit sahaja diberikan kepada mereka.

“(Tiket) selebihnya diberikan kepada para penyokong,” katanya.

Menurut TMJ penyokong bola sepak adalah nadi sebenar yang memberikan semangat kepada pasukan bola sepak sama ada kepada kelab atau pun kebangsaan.

“Bola sepak tidak bermakna tanpa penyokong,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *