Home / Ilmu / Time di rasuk saya akan menjadi ‘mak suami’..disihir ibu mentua sendiri

Time di rasuk saya akan menjadi ‘mak suami’..disihir ibu mentua sendiri

Assalamualaikum.. Terima kasih admin siarkan kisah saya tadi.
Terima kasih pada yang mendoakan kesihatan anak saya. Semoga anak saya sentiasa sihat dan menjadi anak yang soleh. Semoga saya terus kuat. Dulu memang saya menangis tiap-tiap hari mengenangkan nasib anak. Tapi sekarang tak lagi sebab saya tahu anak saya kuat.

Memang silap saya sebab berdiam diri masa mentua larikan baby saya tu. Saya baru bersalin 3 hari. Luka bawah pun tak baik lagi. Memang tak larat nak bangun nak ambik baby dari mentua. Memang saya akui silap saya bagi muka sangat kat mentua. Masa anak saya umur setahun lebih, Saya ade pergi ke rumah mentua. Anak saya tak boleh jalan lagi masa tu. Mentua saya kata kat anak depan saya.. Kenapa jalan macam orang cacat ?

Wawawah… Sedap jer mulut orang tua ni kan. Saya terus menagis. Semua berpunca dari dia ! Kalau saya ni tak hormat dia sebagai mak suami, dah lama saya report kat polis. Biar polis siasat. Suami saya pun diam jer masa tu. Sebab kan mak dia pandai berlakon jadi dia tak percayalah mak dia buat semua ni.. Saya tak berdendam pun walaupun memang sakit sangat hati ni. Saya pun still pergi rumah mentua. Tapi tak macam dulu. Jarang-jarang jer. Huhu. Baik tak saya ? Hehehe..

Teringat plak masa raya 2014. Saya dan suami bawak lah anak beraya rumah mentua. 1st rumah taw Lepas solat hari raya terus ke rumah mentua. Tapiiiii.. Kami tak dijemput masuk pun. Hahaha saya dan suami hanya duduk di bangku luar rumah. Sambil menyusu kat luar tu baby plak nangis panas. Hahaha. Orang tak suka ko gatal pergi buat apa. Tetamu lain datang cepat-cepat mentua ajak masuk dalam rumah. Sadis kan.. Last-last mentua halau kami sebab dyeorg nak keluar beraya. Kakak suami jeling jer kat saya. Datang tengok baby pun tak. Saya agak dia jeleous sebab kawin sama-sama tapi dia tak dapat anak lagi. Otw balik saya suruh suami singgah beli air kat 7e dahaga punya pasal. Huhuhu.. Memang sejak dari kes baby saya biru saya tak bagi mentua pegang baby lagi. Biras saya dengar mentua kata saya ni meroyan. Sebab tu tak bagi orang lain pegang anak.. Meroyan tak meroyan. Saya serik anak saya diperlakukan sedemikian rupa. Saya ni kira bersabar banyak dah dengan mentua. Ikut hati ni nak hadap muka dia pun malas. Tapi saya tak nak gaduh dengan suami.

Tak lama lepas peristiwa hitam tu. Saya sakit tiap-tiap malam. Tangan kiri saya terasa berat sampai tak boleh nak angkat. Seperti ada sesuatu yang menindih kat tangan. Saya tak dapat menyusu baby saya sebelah kiri sebab tangan kiri saya seperti lumpuh. Yang pelik sakit ni ketara waktu tengah malam. Saya kejutkan suami utk sapu minyak panas.

Masa ni saya tak syak lagi saya kena sihir. Sebab saya ingat sakit saya ni mungkin ade benda yang menumpang pada badan saya. Sebut pasal sihir.. Awak-awak semua boleh agak tak sape punya kerja ? Sepanjang saya sakit. Saya kerap mimpi mentua mintak saya bercerai. Banyak kali jugak mimpi macam tu… Tapi saya masih tak fikir yang saya dah kena sihir. Banyak ustaz juga saya pergi tapi baik sekejap pastu sakit balik. Sepanjang saya sakit saya kerap mintak cerai dengan suami. Asyik nak cerai jer… Tapi suami tak nak lepas sebab sayangkan saya dan anak-anak.

Dipendekkan cerita.. Setiap kali berubat saya memang kena rasuk. Dan benda dalam badan saya akan bercakap guna suara saya. Benda ni rupanya orang punya yang dihantar untuk buat saya bercerai, nak seksa saya sampai mati. Rupanya dah lama saya sakit. Sejak berkahwin benda ni dihantar untuk rosakkan hubungan saya dgn suami. Nak saya sakit, gila dan bercerai.

Bila saya dalam rumah sendiri saya rasa takut. Ada benda yang selalu ikut saya. Saya jadi seorang yg pemarah. Jiwa terlalu serabut. Bisness online saya jatuh teruk akibat perbuatan sihir ni. Kalau dulu dengan bisness online saya dapat income lebih 5k sebulan untuk bantu suami. Tapi sejak saya sakit nak dapat rm100 sebulan pun payah…

Suami saya bawak perubat merata-rata tempat. Dah banyak ustaz yang kami jumpa. Bila dengar ruqyah saya terus tak sedar diri. Time di rasuk saya akan menjadi ‘mak suami’. Saya akan memaki suami sebab tak nak ceraikan saya. Saya sepak terajang suami time tak sedar tu. Lebih mengejutkan masa saya tak sedar tu saya ade sebut “aku cekik anak dia nak bagi mampus, tapi tak mampus pulak”. Mungkin ni sebabnya anak saya jadi biru dulu. Allahualam.. Hanya Allah yang tahu.

Ustaz yang berubat saya bagitahu saya terkena sihir pemisah. Sihir menggunakan gambar kawin saya. Pada gambar tu terdapat banyak jarum2 dicucuk. Terdapat juga pantung kecil yg dipuja atas nama saya untuk sihir. Memang sakit seksa sangat-sangat. Dia hantar kat kepala nak suruh saya jadi gila. Di hantar kat perut supaya saya tak boleh mengandung. Dihantar pada kemaluan supaya saya tak dapat layan suami. Kuasa Allah saya mengandung dan dapat dua dah anak yg sangat comel.

Mula-mula suami memang tak percaya semua ni kerja mak dia. Tapi dia tetap bawak saya jumpa ustaz-ustaz. Sampai satu tahap suami tak sanggup tengok saya menahan kesakitan. Tiap-tiap malam saya menangis menahan kesakitan. Mengelupur saya sakit bila terasa ade sesuatu yang mencucuk-cucuk dibadan. Hanya mampu berzikir dan menyebut nama Allah untuk cabut segala sakit ni. Suami saya turut menangis..

Sebab dah tak tahan sangat suami ade masej mentua tanya ada buat pape ke ? Mentua terus marah & maki hamun suami. Mentua cakap dia tak pernah sihirkan saya. Dan mentua tanya suami saya sakit apa ? Kat situ lah suami mula pelik. Suami tak mention pun saya sakit @ terkena sihir. Tapi mentua macam tahu-tahu jer. Suami pun jadi percaya ni semua mak dia sendiri yang hantar untuk pisahkan kami… Suami blok semua no mak dan ayah dia serta adik beradik yang lain. Dah dekat 9 bulan suami tak pergi rumah mak ayah dia.

Saya ade jugak tanya tak nak pergi ke. Suami cakap tak rasa nak pergi pun. Kalau awak semua ditempat saya.. Apa ya awak semua buat ? Patut ke berbaik semula dengan mentua ? Yelah suami saya tetap anak dia kan. Syurga suami tetap bawah kaki mak dia.. Apa saya perlu buat ? Mak-mak sedara saya sibuk jer tanya tak pergi ke rumah mentua ? Raya pun tak balik ? Bagi saya orang dah tak suka tak perlu saya nak terhegeh-hegeh lagi. Dalam masa yang sama saya tak nak suami saya jadi anak derhaka..

Saya mohon kalian doakan kebahagian rumahtangga saya ni. Semoga kebahagian saya ni hingga ke syurga Alllah. Saya terlalu sayangkan keluarga saya. Suami saya pun baik.. Tak semua orang bertuah punya mentua yang baik. Yang ada mentua yang baik patut bersyukur sangat… Yang mengenali saya mohon jangan tag fb saya please…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *