Home / semasa / tujuh remaja meninggal dunia setelah melihat lembaga seorang wanita berpakaian berwarna putih di rumah hantu

tujuh remaja meninggal dunia setelah melihat lembaga seorang wanita berpakaian berwarna putih di rumah hantu

 

Di Thailand, sekumpulan tujuh remaja telah pergi ke sebuah rumah usang dan lama ditinggalkan di Jalan Thaveewattana. Tujuan mereka ke rumah tidak berpenghuni tersebut adalah untuk mencabar hantu yang dikatakan wujud di rumah tersebut.

Akan tetapi, peristiwa ini bertukar menjadi tragedi mengerikan apabila lima daripada tujuh remaja tersebut meninggal dunia setelah melihat lembaga seorang wanita berpakaian berwarna putih di rumah tersebut.

 

Sekitar jam 11 pagi pada 1 September lalu, seorang wartawan telah pergi ke lokasi berkenaan untuk melaporkan mengenai berita kematian remaja yang mengejutkan itu. Menurut wartawan, laluan masuk ke perkampungan tersebut dipenuhi dengan pokok-pokok tinggi di pinggir jalan.

 

Pintu masuk rumah tersebut pula ditutupi dengan kayu lapis besar yang menghalang laluan masuk.

Wartawan tersebut kemudiannya bertemu dengan seorang penduduk berusia 58 tahun yang dikhabarkan tinggal berdekatan dengan kawasan kejadian. Menurutnya, kawasan perkampungan tersebut sememangnya sudah lama ditinggalkan sejak dia berpindah ke kawasan berdekatan 13 tahun lalu.

 

Tambahnya lagi, ramai remaja yang gemar memasuki perkampungan ‘berhantu’ tersebut dan menjadikannya sebagai laluan pintas bagi mengelakkan pemeriksaan polis. Papan lapis yang besar tersebut pula baru dipasang bagi mengelakkan lebih ramai individu bertindak berani memasuki rumah tersebut.

 

Sebagai pengajaran, berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan yang mungkin membahayakan dan memudaratkan.

Era Baru

Sumber: Nation.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!