Home / semasa / Video : inilah wajah-wajah suspek yang bunuh 2 anggota TLDM

Video : inilah wajah-wajah suspek yang bunuh 2 anggota TLDM

inilah wajah-wajah pembunuh yang bunuh 2 anggota TLDM
inilah wajah-wajah pembunuh yang bunuh 2 anggota TLDM

Kematian Dua Anggota TLDM Berpunca Penderaan

Kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia pada 29 September lalu dibilik tahanan Sungai Wangi Sitiawan Perak berpunca dari penderaan.

Ia hasil bedah siasat terhadap kedua dua mayat mangsa yang selesai tengah malam tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak Datuk Gan Tian Kee hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca dari pendarahan pada paru-paru akibat trauma tumpul.

Seramai 8 tahanan dan 11 pengawal bilik tahanan telah dirakam percakapan.

Bertindak atas maklumat tiga individu masing masing berusia 29, 37 dan 44 tahun ditahan kira kira jam 9.30 malam tadi oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah.

Kesemua mereka dipercayai bertugas pada masa dan tarikh kejadian.

Turut dirampas set kamera litar tertutup CCTV di bilik tahanan berkenaan, tujuh T baton, sebuah buku log bertugas dan tujuh telefon bimbit pelbagai jenama.

Ketiga-tiga suspek akan direman di Mahkamah Seri Manjung pagi ini.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

namun menerusi info dari mask crew mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa diharap mereka dapat menerima hukuman setimpal dengannya tanpa memilih bulu.

hutang darah dibalas dengan darah hutang nyawa dibalas dengan nyawa beikut video suspek bunuh tersebut

 

wajah mereka kurang jelas kerana mmmmenutup muka sila like page kami untuk perkembang terkini isu ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!