Home / Berita / Video : Perbuatan Tidak Bermoral Amah Ini Sangat Keterlaluan

Video : Perbuatan Tidak Bermoral Amah Ini Sangat Keterlaluan

MENJIJIKKAN….seorang amah telah dirakamkan melakukan
perbuatan jijik terhadap majikannya di Kuwait dengan mencampurkan air
kencing ke dalam minuman yang disediakan kepada mereka
.

Perbuatan itu terbongkar selepas majikannya memasang kamera tersembunyi selepas mereka berasa curiga dengan amah mereka.

Dalam video itu terdapat dua amah dengan salah seorang daripadanya
dilihat mengeluarkan satu bekas yang disembunyikan dari dalam seluarnya
dan kemudian menuangkan air kencing itu dalam bekas minuman majikannya.

Selepas berbuat demikian dia kembali meneruskan kerjanya seperti biasa dan turut menyediakan makanan.

Sementara majikannya pula, yang enggan dikenali telah terkejut apabila melihat video rakaman berkenaan.Susulan kejadian itu, dia telah memaklumkan kepada penduduk setempat supaya berhati-hati dengan pembantu rumah mereka. – Mynewshub.cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!