Home / bodoh / Warga afrika kurang siuman cekik & cuba lemaskan budak perempuan dalam kolam

Warga afrika kurang siuman cekik & cuba lemaskan budak perempuan dalam kolam

 

sekadar gambar hiasan

Warga afrika cekik & cuba lemaskan budak perempuan|Puchong: Seorang lelaki warga Afrika seolah-olah dirasuk apabila mencekik seorang kanak-kanak perempuan sambil cuba melemaskan mangsa ke dalam kolam renang di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Puchong, Puchong di sini.

 

Kejadian itu yang dipercayai berlaku jam 5 petang Sabtu lalu menjadi tular hingga mencemaskan orang ramai.

Rakaman dipercayai diambil menggunakan telefon pintar itu turut menunjukkan lelaki berusia lingkungan 30-an menjerit dan bertindak gila.

 

Bagaimanapun, jeritan mangsa menarik perhatian pengawal keselamatan di kediaman itu sebelum mereka membelasah lelaki Afrika itu.

Penjenayah ditahan dan diserahkan kepada polis.

 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari mengesahkan menerima panggilan daripada pengawal keselamatan pangsapuri itu yang menahan suspek.

“Polis menerima laporan seorang lelaki Afrika yang kurang siuman membuat kacau di lokasi. Lelaki itu kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Bukit Puchong.

 

“Suspek kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari sama. Sehingga kini pihak polis tidak menerima laporan daripada pihak pengurusan pangsapuri atau mangsa berhubung kejadian itu,” katanya.

 

http://eberita.org/warga-afrika-cekik-lemaskan-budak-perempuan/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *