Home / Kesihatan / Petua Mengelakkan Penyakit Barah

Petua Mengelakkan Penyakit Barah

Selamat Datang ke Blog Putera Izman Dot Com.Perkongsian menarik kali ini mengenai petua mengelakkan penyakit barah.Untuk makluman anda petua ini dipetik dari ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA semoga bermanfaat kepada anda

1. Minum air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
2. Makan tomato kerana ia penuh dengan vitamin C yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.

3. Makan kacang soya kerana phytoestrogen di dalam kacang soya boleh membantu melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.

4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini
mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang
lain.

5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.

6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain buah sitrus
yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Ia
mengandungi banyak vitamin C.

7. Jangan ketinggalan memakan
anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran
enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.

8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

9. Dapatkan omega – 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan
kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.

10. Dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boleh mengurangkan risiko
kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!