Home / Kesihatan / Info Kesihatan Tips Menjaga Buah Pinggang

Info Kesihatan Tips Menjaga Buah Pinggang

Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari
terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari
memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram
,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties,
chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan buah pinggang
menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan
capati dan tosei)
Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren
squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana
kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa,
meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh
‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air
milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan
minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

Kurangkan
pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai
hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja
akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau
ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak
mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *