Home / Ilmu / Harta Yang Berharga Bagi Setiap Wanita

Harta Yang Berharga Bagi Setiap Wanita

Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini
adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan
merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak.
Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia meyakini
hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada
suami yang soleh. Kerana pada diri si
suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa yang didambanya;
Ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang.Suami yang soleh adalah seorang yang dapat membahagiakan isteri dan
anaknya, serta keluarganya baik di dunia ini ataupun di Akhirat kelak.
Seorang suami yang soleh tidak akan memberi makan isteri dan
anak-anaknya kecuali dengan harta yang halal.Seorang suami
yang soleh adalah seorang suami yang mampu menjaga amanah yang diberikan
kepadanya. Dan isteri adalah amanah yang diberikan kepada seorang
lelaki yang menjadi suaminya.

Suami yang soleh adalah seorang
suami yang mampu memperlakukan isteri dan anaknya dengan sifat-sifat
yang terpuji, seorang suami yang soleh akan selalu memperlakukan
isterinya dengan sabar; sabar dengan setiap kesalahan-kesalahan
isterinya, dan memperlakukan isterinya dengan kelembutan dan penuh maaf
saat isteri dipenuhi dengan emosi dan kemarahan.

Suami yang
soleh adalah suami yang mampu menjadi pemimpin di dalam rumah tangganya.
Seorang suami bagaikan pemerintah di dalam rumah tangganya, seorang
suami yang soleh adalah yang mampu memperhatikan hak dan kepentingan
rakyatnya di dalam pemerintahan yang dipimpinnya, iaitu isterinya.

Seorang suami yang soleh akan selalu mampu bersikap bijaksana di dalam
tindakannya, menghargai pendapat isterinya, dan jika terjadi perbezaan
pendapat dengan isterinya, dengan sikap terpuji dan penuh cinta kasih
menghargai pendapat sang isteri, serta mencari titik temu bersama dalam
kerangka yang diperintahkan oleh Allah dan mejauhi segala yang dilarang
oleh Allah.

Seorang suami yang soleh akan selalu mampu menjadi
teladan terpuji buat isteri dan anak-anaknya. Mampu menumbuhkan
kebiasaan-kebiasaan yang baik, dan mendidik diri, isteri, dan
anak-anaknya untuk menapak di jalan-jalan yang menuju keredhaan Allah.

Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat
dirinya, isterinya dan anak-anaknya mencintai ilmu, menguasai ilmu dan
mampu mengamalkannya, menjadikan ilmu yang diperolehnya itu bermanfaat
bagi bangsa, negara, dan agamanya.

Seorang suami yang soleh
adalah seorang suami yang mampu membuat isterinya dan anak-anaknya
tumbuh, dan berkembang menjadi peribadi yang luar biasa serta menapak
tangga-tangga kejayaan di dunia ini dan Akhirat kelak.Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang akan selalu menjaga isteri dan anaknya dari api neraka…

sekian dahulu perkongsian menarik kali ini pastikan anda klik like untuk menerima pelbagai informasi menarik menerusi laman sosial FB.Jika tidak keberatan sila kongsikan info ini kepada rakan-rakan yang lain melalui button share yg disediakan terima kasih.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *