Home / Kesihatan / Info Penting!!! Bahaya Dompet Letak Poket Belakang Seluar

Info Penting!!! Bahaya Dompet Letak Poket Belakang Seluar

Mesti ramai di kalangan lelaki yang suka meletak dompet di belakang poket seluarnya bukan? Memang ramai memang tak dinafikan. Sudah tentu apabila duduk mereka juga akan duduk di atas dompet itu bukan? Tapi ramai yang tak tahu akan kesan buruk yang berlaku jika duduk di atas dompet dalam jangka masa panjang

Sebenarnya meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.

Awas! Kesan Buruk Duduk Atas Dompet

Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!