Home / Berita / Yelah, dia amek dadah untuk tenaga mana nak larat saya melayan. 12jam non stop,kau tak gila?

Yelah, dia amek dadah untuk tenaga mana nak larat saya melayan. 12jam non stop,kau tak gila?

Salam KRT.
Saya nak share kisah rumahtangga saya. Nak buka
cerita pun malu tapi selama ni saya pendam sorang2. Harap perkongsian
saya ni dapat memberi manfaat dan pengajaran pada pasangan yg lain.

Hmm..saya dan suami bernikah atas dasar cinta. Selama 8tahun bercinta
penuh suka duka akhirnya pada 2014 kami bernikah dan Alhamdulillah
dikurniakan seorang cahaya mata. Kisah sedih saya bermula bila dapat
tahu suami terjebak dengan Ais/Syabu. Atau biasa dia panggil ‘cas’.
Sebenarnya dia dah ambil dadah ni sejak
sebelum kawin lagi tapi saya tak tahu la seteruk ni. Saya perasan suami
jarang ‘bersama’ dgn saya.

 Kadang2 sebulan sekali je itupun lepas dia
‘cas’. Dia akan jadi suami yg romantik/baik/pendiam. Waktu ni la nafsu
dia membuas mengalahkan binatang. Kadang2 sampai saya tak mampu nak
layan. Yelah, dia amek dadah untuk tenaga mana nak larat saya melayan.
12jam non stop,kau tak gila? Kebiasaannya lepas ambil dadah tu suami tak
tido 1-2hari. Lepas tu dia akan tido tak sedarkan diri berhari-hari.
Bila gian abes, mood dia akan berubah. Abes saya dimaki diterajang
ditampar.

 Dengan halusinasi cakap ada suara2 bisik kat telinga, Macam
macam lagi. Setiap hari memang saya ni jadi bahan makian dia. Dia ni
keje sendiri jadi tak kisah lah dia nak keje ke tak,ikut suka hati dia
je.

 Nafkah jangan cerita,zahir batin terabai. Most of the time,saya yang
keluarkan duit utk belanja keluarga. Saya tak bekerja, student ipta
sepenuh masa. Ada la dapat elaun sikit. Sampai skrg ni habis barang
kemas saya tergadai. 

Saya tahu hisap ais ni tak boleh berhenti. Ye kan?
Jadi saya harap pada pasangan bercinta kalau anda tahu pasangan anda
‘mat gian’, tolong hentikan niat nak berumahtangga kalau tak anda akan
menyesal seumur hidup. Kenapa saya tak bercerai? Mungkin ini balasan utk
saya sebab melawan cakap org tua sebab nk sgt kawin dgn dia. Sekian.

One comment

  1. Mau bermain Domino dan Poker yang aman dan terpercaya!!
    Kini kami hadir untuk anda, ayoo bergabung bersama kami di www,ajoqq,com, agen judi online teraman dan terpercaya Se-Indonesia.
    NO ROBOT, NO ADMIN, 100% PLAYER VS PLAYER
    6 game dalam 1 ID ( Poker, Domino99, Capsa Susun, BandarQ, AduQ, Bandar Poker )
    Pin BB: 58cd.292c

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!